PUASA IBU HAMIL

Salam semua..setelah sekian lama saya bercuti daripada menulis blog.Kini saya kembali..yeah!!!rindu sangat nak tulis blog. Ramadhan hampir menjelang tiba, Adakah anda telah menggantikan semua puasa?? Saya teringat Ramadhan tahun lepas..masa tuh saya sedang hamil 5 bulan..alhamdulillah..dapat berpuasa dengan penuh..Sebenarnya berpuasa semasa hamil ni selamat jika anda dan bayi dalam keadaan sihat.Jom saya kongsikan tips ibu hamil untuk kekal cergas ketika berpuasa:

1) Pastikan anda mendapat cukup nutrien iaitu daripada semua piramid makanan. Ini harus dititiberatkan kerana selain daripada memenuhi keperluan diri, ia juga menyediakan bekalan untuk bayi dalam kandungan.

2) Pastikan anda bersahur dan minum sekurang-kurangnya 2 liter air ketika bersahur.

3) Ketika berbuka puasa dinasihatkan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak untuk mengelakkan ketidakselesaan.

4) Minumlah air sepanjang malam selepas waktu berbuka. Jika kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa anda tidak mengalami dehidrasi

Janganlah risau dengan isu bayi kelaparan kerana anda berpuasa. Jika dia memerlukan makanan, secara automatik plasenta akan membekalkan keperluannya yang diambil daripada tubuh anda.

Kedai vitamin saya juga menyediakan suplimen untuk Ibu Hamil. Sila hubungi saya untuk konsultasi mengenai kehamilan anda.

-----------------------
NAD
0192639545

everyone can be a millionaire..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hazwani Nadiah

2013 Copyright © Sayang Vitamin. Designed by Rekaneka.com. Optimize by Danial Abdul Rahim